
Artikel ini untuk menjelaskan perkara sebenar mengenai isu di media yg ditunjukkan di bawah ini. Ada 2 gambar di bawah mengenai kenyataan akhbar salah faham pegawai KPDN dan HEP terhadap perniagaan Fingo. Selepas salah faham diselesaikan KPDN HEP mengeluarkan kenyataan awam yg baru yang menyatakan Fingo adalah SAH. Sila baca kenyataan tersebut di dalam artikel ini.
Isu ini telah selesai dengan kebenaran bahawa Fingo adalah SAH dalam menjalankan perniagaan E-commerce beraffiliate.

Isu ini sudah selesai dan tidak pernah menjejaskan perniagaan Fingo.
Ia berpunca dari permohonan Fingo untuk mendapatkan lesen MLM. Syarat MLM ialah mengemukakan 5 jenis produk. Maka Fingo memberikan senarai 5 jenis produk. Tetapi Fingo bukanlah sebuah syarikat MLM dan tidak perlu kepada lesen MLM kerana produk Fingo adalah ribuan jenis. Fingo dibenarkan untuk menjalankan perniagaan e-commerce beraffiliate tanpa perlu kepada lesen AJL atau MLM.
KPDN dan HEP mengarahkan untuk menukar beberapa perkataan dalam sistem reward Fingo.
-
Daripada Business Owner kepada Preferred Shopper.
-
Manager kepada Affiliate Marketer
-
General Manager kepada Affiliate Trainer


